Siri Buku OHSEM! AR Alif & Sofia Jom Solat – Perempuan

Panduan Solat Interaktif Untuk Kanak-Kanak

RM49.00

Dengan teknologi AR bersama karakter TV kegemaran Alif & Sofia, anak-anak kini lebih seronok untuk belajar solat.

Teknologi AR & visual 360°

Ilustrasi interaktif & aktiviti menarik

Belajar solat dengan lebih berkesan

Tak perlu disuruh lagi! Ajar anak solat dengan kaedah yang mudah & menyeronokkan!

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi, zaman sekarang bukan senang nak ajar anak solat. Daya perhatian mereka sangat terhad. Dengan bermacam-macam game dan video kartun di gajet dan televisyen, memang susah nak tarik perhatian mereka untuk belajar solat. Kalau boleh pun, sekejap saja lah. Kemudian mesti dia bosan dan nak main benda lain.

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita tak mahu berputus asa. Carilah cara terbaik untuk ajar anak solat. Kalau teknik A tak jadi, cuba teknik B pula. Sekarang kan zaman teknologi. Kalau dah memang anak tertarik dengan teknologi, apa salahnya kita pun gunakan teknologi untuk ajar mereka solat? Pastinya lebih berkesan! Seperti ungkapan Ali Bin Abi Thalib:

Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, karena mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu. Sesungguhnya mereka diciptakan untuk zamannya, sedangkan kalian diciptakan untuk zaman kalian.

Terbaru di pasaran,  memperkenalkan…

Siri Buku OHSEM! AR Alif & Sofia Jom Solat!

Alif & Sofia, dua karakter TV kegemaran kanak-kanak ini akan bantu anak anda belajar solat dengan lebih menyeronokkan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR).

Ciri-Ciri Istimewa

Antara manfaat dan kelebihan Siri Buku OHSEM! AR Alif & Sofia Jom Solat 

Ilustrasi interaktif & aktiviti menarik

Anak-anak belajar secara aktif dengan pembelajaran dua-hala, dengar-dan-ulang, penyelesaian masalah, demonstrasi dan penceritaan.

Teknologi AR, Qiblah Finder & banyak lagi

Model animasi 3D yang mengagumkan membantu meningkatkan daya perhatian anak-anak melalui pendengaran, visualisasi, praktikal dan hafalan.

Visual 360° untuk pembelajaran lebih berkesan

Dipadankan sepenuhnya dengan aplikasi OHSEM! AR di smartphone anda untuk pengalaman pembelajaran 3D yang lain daripada yang lain.

Berinteraksi & beribadah bersama-sama Alif & Sofia

Menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan bimbingan karakter TV kegemaran kanak-kanak masa kini.

Disemak & Diluluskan Oleh JAKIM

Siri Buku OHSEM! AR Alif & Sofia Jom Solat ini bukan sahaja interaktif, malah kandungan buku serta teknologinya telah disemak oleh JAKIM dan disahkan patuh syariah. Jom didik anak-anak untuk belajar solat dan mendalami rukun Islam ini dengan lebih baik.

Sambutan Hangat Ibu Bapa

Dengan keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri, Siri Buku OHSEM! AR Alif & Sofia Jom Solat berjaya menarik perhatian ramai pada hari pelancarannya. Ibu bapa dan anak-kanak begitu teruja ingin mencuba dan merasai sendiri pengalaman belajar melalui teknologi AR.

Soalan-Soalan Lazim

Antara soalan yang sering ditanya mengenai Siri Buku OHSEM! AR Alif & Sofia Jom Solat

Apa nama buku ini?

Siri Buku OHSEM! AR: Alif & Sofia Jom Solat!

Ciri-ciri istimewa buku OHSEM! AR?
  • Soft touch (material premium digunakan)
  • Bucu buku membulat (selamat untuk kanak-kanak)
  • Belajar bersama Alif & Sofia secara virtual
  • Mengandungi 13 rukun solat dan cara mengambil wuduk yang dilengkapi AR
  • Kandungan buku dan AR di semak Jakim
  • Anak-anak boleh belajar solat dengan lebih fokus
  • Membantu anak-anak menghafal rukun solat
  • Size buku: 21cm x 21cm x 2.5cm
  • Berat buku: 0.5KG
Apa itu Siri Buku Ohsem! AR: Alif & Sofia Jom Solat!
  • Siri Buku OHSEM! AR, adalah koleksi buku AR untuk
    kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas
  • Siri Buku OHSEM! AR: Alif & Sofia Jom Solat! adalah buku panduan solat dilengkapi teknologi AR
  • Teknologi AR dapat mengajar kanak-kanak untuk solat bersama visual dan audio
  • Ada aktiviti mewarna di muka surat terakhir buku
Berapakah harga sebuah buku?

RM49.00

Di mana boleh saya dapatkan buku OHSEM! AR: Alif & Sofia Jom Solat?

Shopee: OHSEM! Official
URL: https://tinyurl.com/shpeeOHSEMOfficial

Siapa penulis, animator dan illustrator buku ini?

Buku ini 100% disiapkan oleh Blindspot Studios

Apa nama aplikasi?

OHSEM! AR App

Bagaimana untuk memulakan aplikasi OHSEM! AR?
  1. Muat turun aplikasi OHSEM! AR di Google Playstore, App Store atau Huawei AppGallery
  2. Lancarkan aplikasi dan klik pada butang ‘main’
  3. Imbas kamera pada muka depan buku
  4. Imbas logo OHSEM! untuk mula belajar solat bersama Alif & Sofia
Di mana boleh muat turun aplikasi?
  • Google Playstore
  • Apple App Store
  • Huawei AppGallery
Adakah aplikasi ini percuma?

Ya, ia nya percuma dan tiada sebarang pendaftaran

Keistimewaan aplikasi?

Aplikasi OHSEM! AR dilengkapi dengan teknologi augmented reality yang membenarkan anda untuk belajar, bermain dan berinteraksi dengan siri Buku OHSEM!

Augmented reality di aplikasi OHSEM! AR menampilkan:

Aktiviti mewarna
Nyanyian
Belajar bersama karakter

Apa itu siri Alif&Sofia?

Siri Alif & Sofia adalah tentang Alif yang curious dan Sofia yang suka membantu. Dua beradik ini melalui hari-hari mereka dengan keseronokan melalui cerita, lagu dan imaginasi yang berinspirasikan nilai-nilai murni kehidupan Islam

Di mana boleh tonton?

Siri Alif & Sofia ada di Disney+ Hotstar

Lain-lain
  • Siri Buku OHSEM! AR: Alif & Sofia Jom Solat! Juga bagus untuk para guru
  • Lebih banyak Siri Buku OHSEM! AR akan dikeluarkan pada Q4 2022 dan 2023
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop